Maklumat mengenai Sistem Pengeluaran Clearfield® di Malaysia

Terdapat ramai petani yang bertanya mengenai kaedah terbaik bagi mengawal penularan padi angin di sawah mereka sekaligus mencapai hasil tanaman yang konsisten sehingga 8 tan per hektar. Kaedah terbaik untuk mendapat hasil tanaman yang banyak adalah dengan Sistem Pengeluaran Clearfield® yang lengkap dan merangkumi 4 bahagian penting yang utama. Sehingga kini, tiada sebarang sistem lain di Malaysia yang mampu mencapai tahap yang serupa dengan Sistem Pengeluaran Clearfield, di mana sistem ini merupakan alatan yang penting untuk membantu mencapai tahap sara diri dalam pengeluaran makanan di Malaysia. Sistem Pengeluaran Clearfield termasuklah:
- Benih-benih sah bagi variety beras MR 220CL1 dan MR 220CL2
- Racun rumpai yang telah didaftarkan oleh BASF dibawah jenama ONDUTY®
- Surfactant Tanagam, untuk mengaktifkan kesan racun rumpai di tanah walaupun dalam keadaan yang basah
- Panduan Lengkap bagi Kaedah Penanaman Beras Clearfield
Para petani boleh mencapai hasil pengeluaran yang diidamkan bagi jangka masa panjang apabila keempat-empat bahagian utama bagi Sistem Pengeluaran Clearfield yang lengkap digunakan, walaupun terdapat kehadiran padi angin yang kebal kepada racun rumpai.
Walaubagaimanapun, dengan penggunaan benih tidah sah dan bahan kimia lain secara berasingan selain dari empat bahagian Utama bagi Sistem Pengeluaran Clearfield, hasil tanaman yang dikehendaki tidak akan dapat dicapai. Para petani di Malaysia harus dilindungi dari terus dipengaruhi dengan penggunaan produk-produk yang tidak sah ini.
Alatan bagi pengurusan ketahanan ini boleh didapati didalam Panduan Penggunaan Produk, salah satu bahagian penting bagi keseluruhan Sistem Pengeluaran Clearfield yang lengkap.
Soalan-Soalan Lazim
Soalan-soalan dan jawapan-jawapan berikut amat penting kepada para petani dan komuniti pertanian untuk diberi perhatian:
Adakah Sistem Pengeluaran Clearfield masih berkesan dalam mengawal masalah padi angin walaupun tabiat padi angin yang semakin kebal terhadap racun rumpai?
Ia adalah berkesan jika sistem tersebut digunakan secara menyeluruh termasuk keempat-empat bahagian utama sistem tersebut. Benih-benih dan bahan kimia tidak sah, ataupun yang setaraf dengannya, jika digunakan secara berasingan selain daripada 4 bahagian Utama Sistem Pengeluaran Clearfield, tidak akan dapat mencapai hasil yang diinginkan. Dengan peningkatan daya tahan terhadap racun dan sebagainya, penggunaan sistem Clearfield secara menyeluruh amatlah digalakkan.
Bagaimana saya boleh mengelak daripada menggunakan benih-benih dan bahan kimia tidak sah?
Beli hanya melalui pengedar yang dilantik atau agen padi sah.
Mengapa harga Sistem Pengeluaran Clearfield lebih mahal berbanding anak benih yang terdapat di pasaran?
Penggunaan Sistem Pengeluaran Clearfield adalah berkesan sekiranya digunakan secara keseluruhan dan lengkap dengan keempat-empat bahagian utama sistem tersebut. Jumlah kos adalah termasuk anak benih padi, racun rumpai, surfactant dan Panduan Penggunaan Produk.
Bolehkan saya menggunakan Sistem Pengeluaran Clearfield dengan jentera seperti jentera mesin penuai padi?
Boleh. Pastikan anda mengikuti Panduan Penggunaan Produk terutama dalam proses penyediaan tanah sawah.
Saya ada membeli anak benih CL1 di pasaran pada tahun lepas buat pertama kali dan telah mendapat hasil yang lumayan. Justeru, kenapa saya perlu menggunakan keempat-empat bahagian sistem tersebut?
Keberkesanan Sistem Pengeluaran Clearfield tidak dapat dicapai dalam tempoh jangka masa panjang jika keempat-empat sistem utama tersebut tidak digunakan secara menyeluruh.
Selain Clearfield, adakah sistem alternatif lain yang dapat mengawal penularan padi angin di Malaysia?
Tidak ada sistem lain untuk mengawal masalah padi angin di Malaysia. Hanya Sistem Pengeluaran Clearfield sahaja yang terbukti berkesan mengawal masalah padi angin.
Jika saya menggunakan Sistem Pengeluaran Clearfield, adakah sebarang jaminan untuk mendapat hasil tanaman yang tinggi?
Terdapat banyak factor yang menyumbang kepada hasil tanaman termasuk pelbagai jenis serangga perosak dan penyakit, keadaan cuaca yang tidak menentu dan sebagainya. Walaubagaimanapun, jika Sistem Pengeluaran Clearfield digunakan dengan sempurna, ia mampu mengawal penularan padi angin yang berleluasa.
Untuk maklumat lanjut mengenai keadah penggunaan Sistem Pengeluaran Clearfield, sila hubungi kami di talian +603 5628 3733.
Menegenai Divisyen Perlindungan Tanaman BASF
Dengan kemajuan pembangunan dan populasi yang semakin pesat membangun, dunia kini semakin bergantung kepada kebolehan kita untuk membangunkan dan melestarikan sektor pertanian dan alam sekitar yang sihat. Divisyen Perlindungan Tanaman BASF bekerjasama dengan para petani, pakar-pakar dalam bidang pertanian, pakar-pakar dalam pengurusan kawalan serangga perosak dan lain-lain untuk memastikan matlamat ini dapat dicapai. Melalui kerjasama tersebut, BASF mampu mengekalkan pelbagai bentuk R&D, produk-produk dan perkhidmatan yang inovatif, serta pasukan yang pakar dimakmal dan di lapangan untuk menyokong para pelanggan dalam menjayakan perniagaan mereka. Pada 2016, Divisyen Perlindungan Tanaman BASF menghasilkan jumlah pendapatan jualan sebanyak €5.6 billion. Untuk maklumat lanjut, sila layari agriculture.basf.com.
Mengenai BASF
Di BASF, kami menggunakan bahan kimia untuk masa depan yang lestari. Kami menyatukan kejayaan ekonomi dengan perlindungan alam sekitar dan tanggungjawab sosial. Seramai lebih kurang 114,000 warga kerja Kumpulan BASF bekerjasama untuk menyumbang kepada kejayaan pelanggan-pelanggan kami dari segenap pelusuk industri dan hampir diseluruh negara di dunia. Produk-produk kami disusun dalam 5 segmen: bahan kimia, plastik, produk prestasi, produk pelbagai fungsi dan penyelesaian, produk pertanian serta minyak dan gas. BASF memperoleh jumlah pendapatan jualan lebih €58 billion pada tahun 2016. Saham-saham syarikat BASF didagangkan di bursa saham di Frankfurt (BAS), London (BFA) dan Zurich (BAS). Maklumat lanjut mengenai BASF boleh didapati di laman web www.basf.com.